Wednesday, July 29, 2009

ISTILAH ILMU FEKAH

1. IJMAK :
Ijmak menurut ulama usul ialah Ittifaq (persetujuan) seluruh mujtahidin (tokoh-tokoh ijtihad) dari umat Muhammad s.a.w, selepas kewafatan baginda s.a.w, pada sesuatu zaman, terhadap sesuatu hukum syarak.

Ijmak tidak akan berlaku melainkan setelah seluruh para ulama mujtahid (tokoh-tokoh ijtihad) pada sesuatu zaman, bersepakat dalam menentukan hukum bagi sesuatu masalah. Tidak terkecuali seorang pun. Ertinya jika seorang sahaja yang membangkang, maka tidak dianggap ijmak. 4. ITTIBA'

ISTILAH ILMU HADIS

1. Hadis : berasal dari perkataan al-Hadits bermaksud 'baru' atau 'kata-kata'.
Dari segi istilah : bermaksud, sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau sifat.

2. Sanad:
Dari segi bahasa bermaksud, tempat sandaran. Manakala dari segi istilah pula iaitu, urutan atau rantaian para perawi hadis yang bersambung sehingga kepada matan (isi kandungan) hadis.

3. Sohih:
Dari segi istilah bermaksud: hadis yang bersambung sanadnya daripada perawi yang adil (tidak berterusan melakukan dosa kecil dan menghindari dosa besar), kuat daya ingatan, daripada mula sanad sehingga akhir, tanpa keganjilan atau kecacatan yang boleh menggugat kesahihan hadis.

Info Istilah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar yang dikasihi,

Mulai sekarang pelajar boleh membaca info istilah yang akan dipaparkan di sini. Ustaz akan memuatkan dari hari ke hari istilah-istilah yang penting merangkumi semua bidang Pendidikan Islam seperti akidah, syariat, fekah, akhlak, hadis dan sebagainya yang dirasakan perlu.

Harap dapat manfaatkan. Sebarang cadangan atau pelajar ingin mengirimkan info istilah boleh ke emel ustaz : muhd@live.com.my

Sekian dan teruskan usaha anda sebagai pelajar.